Friday, July 1, 2011

Sahabat Umpama Tangan & Mata

Masih adakah sahabat sejati di dunia ini? Barang kali ada yang menjawab YA, ada juga mengatakan TIDAK. Kebanyakan orang berkata, kawan memang ramai tetapi sahabat belum tentu. Sebab antara kawan dan sahabat ada perbezaan.

Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.

Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan. Jawapannya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata. Ketika tangan terluka, mata menangis, dan saat mata menangis, tangan menghapuskan air mata. Alangkah manis ungkapan ini, terasa benarnya!

Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama mahu menempuh saat suka dan duka. Tidak hairan ada orang menjalin persahabatan bertahun-tahun lama, diikat pula dengan hubungan sesama keluarga yang erat. Sahabat begini sesungguhnya susah ditemui tetapi ada di dunia ini. Cuma masa dan keadaan menemukan kita dengan sahabat sejati.


Namun persahabatan itu tidak terjalin atas landasan lurus. Sepanjang perjalanan membina hubungan persahabatan, tidak sedikit dugaan dan ujian melanda. Sebab itu, ada persahabatan tidak kekal lama. Akhirnya tinggallah kita sendiri tanpa sahabat. Dunia menjadi sepi dan sunyi, hilang sahabat umpama hilang separuh diri.

Is ko sahabat terbaik aku
Ingat x camne kita kenal dulu?


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

12 comments:

  1. BFF adalah org paling penting dlm hidup me other than hubby, kids & siblings :)

    ReplyDelete
  2. ibu setuhu ngan MZ.. ye mama, kawan memang ramai.. tp sahabat adalah yg plg istimewa.. dia akan menangis dulu sblm kita menangis saat kita diduga.. :D

    ReplyDelete
  3. susah nak cari sahabat sejati kan...berkongsi suka duka susah senang bersama

    ReplyDelete
  4. sahabat dtg dan pergi umpama angin brlalu....ttp sahabat sejati kekal selama2nya...

    ReplyDelete
  5. sgt setuju..kawan memang ramai tapi kawan yg leh share mcm2.susah senang, suka duka..sukar dicari...thank got i have one.. :-)

    ReplyDelete
  6. betul tu..
    kwn mmg ramai tp...
    sahabat sejati mmg sukar dicari..

    ReplyDelete
  7. sussah tau nak jmp sahabat kan lela..dah ada tu,mmg kena jg dia baik2.

    ReplyDelete
  8. memang susah nak carik sahabat tapi senang nak dapat kawan.....orang yang terdekat ngan kitalah sahabat ketika susah n senang...iaitu mak kita...hubby kita...

    ReplyDelete
  9. kawan ramai. tapi sahabat susah nak cari kan?

    ReplyDelete
  10. sahabat sejati umpama permata..bersinar2 walaupun dalam gelap.. :)

    ReplyDelete
  11. owh mmg sukar nk cari sahabat sejati ... yg akrab dgn kite masa skolah dulu pun...bile lepas2 kawin ni lost contact..sedeyy... :(

    ReplyDelete