Monday, December 13, 2010

Berita Harian Online | Tuanku Mizan tiba di Qatar untuk lawatan empat hari

DOHA: Yang di-Pertuang Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Nur Zahirah tiba di sini, hari ini bagi memulakan lawatan negara selama empat hari ke Qatar.

Pesawat khas yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada jam 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa Qatar, Dr Khalid Muhammad Al-Attiyah. Baginda diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad serta pegawai kanan kerajaan

Ia adalah lawatan negara pertama baginda ke Qatar bagi membalas lawatan Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani ke Malaysia pada Mei 2009.

Tuanku Mizan kemudian berkenan berangkat ke Dewan Amir bagi istiadat sambutan sempena ketibaan baginda serta bertemu Sheikh Hamad.


12 comments:

  1. subuh2 da post entry. cayalahh!! hehe kat sane pukul bape kak?? bole jmp tengku kat qatar ? :)

    ReplyDelete
  2. ingat tadi, ketibaan Baginda disambut oleh MamaNajla tadi..hehe..

    ReplyDelete
  3. haha mama najla tk p sambut sekali ker... mama najla jom undi bee sat..

    http://honeyvsbee.blogspot.com/2010/12/undian-di-buka-blogbaru-pilihan.html

    terima kasihh

    ReplyDelete
  4. lor,..tak g sambut ke? hehe,..kot2 nampak kat TV mlm ni.

    ReplyDelete
  5. wah.. agong ada buat gathering utk rakyat mesia kat qatar tak? kalu ada k lelord kena tayang muka kat tv tau!

    ReplyDelete
  6. @My Bloggie ! ekekek skang ms akak reply ni kul 10am..alah kat blog akak kan ade jam mesia ngan qatar xpasan ek

    ReplyDelete
  7. @mamalieyna hahha x sempat nak sambut pak arab sumer dh kerumun

    ReplyDelete
  8. @honeyvsbee huhhu mamanajlaa kecit jek nak dibandingkan dgn dorang :)

    ReplyDelete
  9. @Niamuahahhaha mmg igt nak sambut nia

    ReplyDelete
  10. @dieya hahhaha tu arr ogt nak bergambo ngan tegku mizan & emir

    ReplyDelete
  11. Demam HDR dah kembali! jom rilex layan....^_^

    ReplyDelete