Thursday, November 11, 2010

Ayam Panggang Madu Lada Hitam

Hehehehhe makanan lagik..ni lauk smlm
Terliur tengok kat blog CitarasaRinduan
Tapi aku x le masak sekor ayam
Beli ayam soh potong siap2
Pastu ade gak le bahan yg xde cam buah keras
Pastu lada itam ngan ketumbar aku guna serbuk jek
Tapi sedappp jek aku makan....sos aku cicah jek ngan sos Nando's

Ayu akak kopipes aje yek

Bahan-bahannya

Ayam - 1 ekor, ayu pilih ayam muda, buang kulit ayam, basuh dan bersihkan

Madu asli - 3 sudu makan

Garam - sedikit sahaja

Bahan-bahan yang perlu di blander

Lada hitam - ayu beli yang RM 1.00

Serai - 3 batang

Bawang putih -4 biji

Ketumbar - RM 0.50

Halia - seulas besar ibu jari

Buah keras - 4 biji

Cara-cara menyediakan

  1. Perap ayam yang disalut oleh bahan-bahan yang diblander selama 1 hari 1 malam,
  2. Masukkan madu dan sedikit garam..elok perap lama sedikit agar bumbu sebati dengan ayam.
  3. Untuk membakar, keluarkan ayam yang sudah diperap..bumbu biarkan..tapi toskan air yang ada pada ayam..
  4. Bakar oven pada suhu 200c, selama 1 jam..balik-balikkan ayam 10 minit sebelum masa tamat..atau tukar sahaja selector yang ada, samada bakar atas, bawah atau atas bawah..
  5. Siap dihidang, lebih sedap ditambah dengan lada sulah, hias dengan limau nipis dan tamoto…kerana makanan yang mengandungi limau memudahkan daging ayam bertukar kepada tenaga bukan menyerap kepada tubuh badan kita hingga menghasilkan lemak.
  6. Selamat mencuba

11 comments: