Sunday, May 30, 2010

Syurga Rumahtangga




Syurga rumahtangga itu fitrah hati

Naluri semulajadi yang pinta diisi

Kerananya jejaka rela menjadi suami

Kerananya perawan rela menjadi isteri

Masing-masing dengan harapan

Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tetapi jalannya berliku

Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza

Lalu bermacamlah jalan ke sana

Bahagia itu dari dalam hati

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata dalam hati

Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada hati

Bertakhta di kerajaan diri

Bahagia itu pada jiwa

Mahkota disinggahsana rasa

Bahagia itu kesabaran

Bila susah tak gelisah

Bila miskin tak pemarah

Bila gagal tak resah

Binalah rumahtangga atas tapak iman

Tuluskan niat luruskan matlamat

Suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi&

Isteriku, kaulah permaisuri hati, penyeri Islamku nanti&

Muktamadlah akad sahlah nikah

Denga nama Allah, gerbang perkahwinan pun terserlah

Binalah hudup di neraca maaruf

Rumah jadi sambungan madrasah

Seninya kerana solat

Indahnya kerana munajat

Tapaknya iman

Jalannya syariat

Natijahnya akhlak

Tiga penjamin segalanya

Kunci kebahagia rumahtangga

Dan terciptalah

Setia dan penyayang suami

Cinta dan kasih isteri

Lalu berbuah mahmudah demi mahmudah

Yang melahirkan soleh dan solehah..



4 comments:

  1. moga berbahagia hingga akhir hayat.
    ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bestnyerrr.. ni nak panggil apa ye? puisi? susnan ayat & penggunaan bahasa yg menyentuh hati..

    semoga bahagia itu milikmu dan milikku jua.. hehe

    ReplyDelete